Wednesday, 30 January 2008

Kes Kehilangan Kanak-Kanak

I completed my group discussion topic on “Kes Kehilangan Kanak-Kanak”. Since each group is only required to present 1 point (isi), this is what I wrote.

Faktor yang menyumbang kepada kes kehilangan kanak-kanak yang kian berleluasa ini adalah kerana kecuaian ibu bapa. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa lebih bersikap materialistik dan hanya berkiblatkan kepada nilai wang dan kekayaan. Pada hemat saya, taraf hidup manusia yang semakin meningkat pada dewasa ini mengakibatkan kebanyakan ibu bapa berasa tertekan. Kesannya, ibu bapa akan memberi sepenuh perhatian ke atas kerjaya masing-masing agar mampu menampung kehidupan mereka di samping menubuhkan institusi keluarga yang bahagia. Namun begitu, golongan ibu bapa yang dikategorikan sebagai “masyarakat moden” ini telah mengabaikan elemen yang paling penting dalam atma seseorang individu iaitu kasih sayang. Natijahnya, anak-anak akan dihantar ke pusat jagaan atau diletakkan di bawah jagaan penjaga dan pembantu rumah. Malah, segelintir ibu bapa yang kerap berpersatuan akan membiarkan kanak-kanak bersendirian di rumahnya. Hakikatnya, anak-anak ini terdedah kepada ancaman penculik khasnya dari pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana tahap keselamatan pada mutakhir ini semakin buruk. Hal ini kerana, kebanyakan penculik menculik kanak-kanak untuk dijual atau dijadikan pengemis dengan memotong anggota badan mereka. Contohnya, Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun telah hilang apabila dia pergi ke pasar malam secara bersendirian. Akhirnya, mayat si kecil ini dijumpai di dalam sebuah beg sukan dan mangsa dipercayai didera secara seksual. Sementelahan itu, kehilangan Sharlinie Mohammad Nasyar, 5 tahun yang telah hilang baru-baru ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat dan media massa. Kes-kes ini sebenarnya merupakan manifestasi daripada sikap ibu bapa yang cuai dan tidak bertanggungjawab. Pendek kata, kecuaian ibu bapa merupakan punca utama kepada kehilangan kanak-kanak yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


(254 perkataan)

2 comments:

  1. really interesting and words yang hebat.. hee

    ReplyDelete
  2. ....materialistik dan hanya berkiblatkan kepada nilai wang dan...

    salah bahasa 2...
    sepatutnya..
    ...materialistik dan hanya berkiblatkan nilai wang dan...

    ReplyDelete